IMG_6953-3

Argan Oil

RM59.90

Product Description

Minyak argan dihasilkan daripada biji pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa. Pokok argan hanya tumbuh dalam cuaca kering kontang di bahagian barat daya Maghribi (Morocco). Minyak Argan UmieHadieCare dijamin 100% asli. Ia merupakan perahan pertama bijirin argan yang diproses secara semulajadi. Ia bertindak jauh ke dalam kulit dengan memulihkan sel-sel yang rosak. Kajian ke atas ketulenan dan keberkesanannya telah dilakukan oleh Prof Dr Azizan Ahmad, PhD (Kimia).

Kebaikan:

Untuk Kulit
– Melembabkan kulit kering pada wajah, tangan dan tubuh.
– Menyeimbangkan kandungan minyak pada kulit.
– Mengurangkan jerawat, jeragat pada wajah.
– Mengurangkan kesan kedutan di tepi mata.
– Membuang sel-sel kulit mati pada wajah.
– Menjadikan warna kulit lebih sekata.
– Menambahkan keanjalan kulit.
– Menyembuhkan kesan merah akibat menggaru.
– Mengurangkan penyakit radang kulit seperti ruam, psoriasis, eczema.
– Mampu mengurangkan kesan stretch mark pada perut dan paha selepas bersalin.

Untuk Rambut
– Memulihkan rambut kering, rosak dan bercabang.
– Merangsang pertumbuhan rambut.
– Menguatkan akar rambut agar tidak mudah gugur.
– Merawat kulit kepala kering, berminyak, gatal dan berkelemumur.
– Menghilangkan kerak di kepala bayi.

Untuk Kuku dan Kaki
– Menguatkan kuku yang rapuh.
– Merawat tumit merekah dan kasar.
– Mengurangkan sakit sendi dan lutut akibat rhuematisma dan arthritis.

Cara penggunaan:

Untuk rawatan kulit: Urut dua hingga empat titis Minyak Argan UmieHadie pada bahagian kulit bermasalah yang telah dibersihkan. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Untuk melindungi wajah daripada kesan bahan kimia alat solek: Sebelum bersolek, biarkan Minyak Argan UmieHadie di wajah selama 10 minit sebelum bersolek agar kulit sentiasa terpelihara walaupun dilitupi alat solek. Ini juga dapat membantu agar solekan tahan lebih lama.

Untuk rawatan kulit kepala dan rambut: Urut Minyak Argan UmieHadie pada kulit kepala sehingga ke hujung rambut. Biarkan 30 minit atau semalaman dan basuh rambut dengan syampu seperti biasa. Ulangi dua kali seminggu untuk mendapatkan kulit kepala dan rambut yang sihat.

Untuk rawatan kuku: Titiskan Minyak Argan UmieHadie dalam sedikit perahan lemon. Rendam jari dalam campuran berkenaan selama 10 minit dan bilas. Lakukan setiap minggu untuk memulihkan kuku yang rosak dan melembutkan jari.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Argan Oil”

Your email address will not be published. Required fields are marked *